Operasi yang semakin berkembang memaksa Wan Mohd Ariffin mencari lokasi lebih luas dan selesa. Namun, ada pihak yang hanya memandang sebelah mata keupayaannya kerana stigma yang masih menebal - orang Melayu tidak mampu pergi jauh dalam dunia perniagaan.
Permohonan beliau untuk mendapatkan tapak di sebuah kawasan perindustrian ditolak. Kekecewaannya berganda apabila beberapa institusi kewangan yang dihubungi untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli kilang di Chendering (kini pejabat, kilang dan bilik pameran Noor Arfa) hanya memberikan janji kosong.
Bagaimanapun kerana sikap tidak mudah kecewa, beliau akhirnya mendapat kepercayaan Bank Pembangunan Malaysia yang memberikan pinjaman sebanyak RM210,000.Dengan tambahan RM50,000 hasil simpanan, pasangan suami isteri itu akhirnya berjaya membeli kilang berkenaan yang asalnya untuk pengeluaran minyak masak.
Bertitik tolak dari situ, Wan Mohd Ariffin tidak lagi menoleh ke belakang, semua lima bengkelnya ditutup dan dipindahkan ke kilang yang dibeli itu bagi memudahkan pemantauan operasi dan pemasaran. Jualan syarikat itu terus meningkat kepada RM620,000 setahun pada 1988, manakala bilangan pekerja pula bertambah kepada 60.
Pada 3 Januari 1991, Noor Arfa Batek diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dengan modal dibenar dan berbayar RM250,000. Kini jumhlahnya telah ditingkatkan kepada masing-masing RM1 juta.Bagaimanapun seperti kata pepatah, “langit tidak selalu cerah”, kegawatan ekonomi negara yang dicetuskan krisis kewangan di Asia Timur pada 1997 turut memberi kesan kepada perniagaan Noor Arfa Batek.Bagi memastikan syarikat terus beroperasi dan mengelakkan pemberhentian pekerja, Wan Mohd Ariffin meminta 120 pekerjanya bekerja separuh bulan secara bergilir.
Beliau juga mengambil pendekatan meminjam wang pekerja untuk dilaburkan dalam syarikat dengan jaminan dibayar penuh, termasuk dividen pada akhir tahun.Ramai pekerjanya yang tampil membantu kerana yakin syarikat itu mampu dipulihkan.Hasil sokongan pekerja, Noor Arfa Batek mampu bertahan sehingga sekarang.
Noor Arfa Batek kini memiliki 11 cawangan di seluruh negara termasuk di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pusat beli belah One Utama di Petaling Jaya, Aked Mara dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu. Menerusi anak syarikatnya, Design Passage Sdn Bhd, Noor Arfa Batek turut mengadakan usaha sama dengan pereka fesyen terkenal, Bill Keith dengan nisbah pemilikan milikan 70:30 sejak tiga tahun lalu.