SEJARAH PENUBUHAN NOR ARFA BATIK

Siapa sangka namanya tidak segah semasa zaman dahulu. Mungkin disebabkan kerana namanya tidak dikenali umum dalam bidang pembuatan batik Terengganu. Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long mula berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an.

Semuanya bermula selepas Noor Hijerah mengikuti kursus kraf tangan di Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia (LKKM), cawangan Kota Bharu, Kelantan pada lewat 70-an. Di situlah beliau bertemu dengan suaminya ketika itu merupakan salah seorang tenaga pengajar di LKKM. Namun selepas mengikuti kursus beliau kembali ke Kedah dan menjalankan aktiviti kraf tangan di kampung halamannya.Selepas berkahwin, Noor Hijerah mengikuti suaminya dan menetap di Kuala Terengganu. Disinilah bermula segala-galanya. Menyedari betapa minat dan serius isterinya dalam bidang kraf tangan ini, maka Wan Mohd.Ariffin memastikan impian Hijerah menjadi kenyataan.


Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang perniagaan, Wan Mohamed Ariffin,meletak jawatan kerana untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd. Beliau memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan di belakang rumah sewa mereka di kampung Tanjung, Kuala Terengganu dengan bermodalkan simpanan RM1,000 sahaja dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Puan Noor Hijerah Hanafiah. Produk awal Noor ArfaBatek ialah kaftan batik.

Di peringkat awal, produk nor arfa dijaja sendiri. Biarpun melalui pelbagai cabaran dan rintangan dan tidak kurang penatnya. Menurut pengasas nor arfa - seorang pelancong memberitahu mengapa beliau tidak menghasilkan rekaan yang disukai pelancong juga. Rekaan yang lebih kontemporari. Kata-katanya itu bagaikan memberi ilham kepadanya untuk menghasilkan yang lebih kontemporari.

Menurut, Wan Mohd Ariffin pada peringkat awal, iaitu pada 1980 semua operasi dilaksanakan beliau secara separuh masa bersama isterinya.Mereka lah pekerja pengeluaran, mereka juga mengendalikan operasi pemasaran dan jualan. Bagaimanapun apabila permintaan meningkat, pasangan itu mula mengembangkan operasi dan mengambil 10 pekerja. Dengan sokongan pinjaman bank sebanyak RM50,000, mereka membuka bengkel pengeluaran cawangan di Jalan Sultan Zainal Abidin dan Kampung Aur, Simpang Empat Chendering, Kuala Terengganu.

Setahun selepas itu, operasi Noor Arfa Batek terus berkembang dengan jumlah kakitangan ditambah kepada 25.Akhirnya selepas 26 tahun bertungkus-lumus, Encik Wan Mohamed Ariffin kini mampu memiliki sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cendering, Kuala Terengganu dengan dibantu oleh 200 orang pekerja dan telah mengeluarkan 150 produk batik Terengganu. Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.