PENCAPAIAN PRODUK NOR ARFA

Lebih 200 jenis produk batik berjenama Noor Arfa berada di pasaran dalam dan luar negara seperti pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, selendang, skaf, kaftan, pareo, tali leher dan cenderahati.

Dijangkakan, jumlah produknya akan meningkat kepada 1,000 jenis sejajar dengan kewujudan rangkaian cawangan di seluruh negara dan kualitinya yang setanding dengan jenama antarabangsa seperti YSL, Versace, Gucci dan Bonia.

Gabungan kemahiran tenaga profesional dan pengalaman sedia ada membolehkan Noor Arfa menguasai pasaran batik di Asia, selain berjaya menembusi pasaran batik di luar negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Afrika Selatan, Arab Saudi, Kuwait dan Mauritius.

Daripada hasil jualan hanya RM30,000 pada tahun pertama operasinya, jualan Noor Arfa Batek kini sudah mencecah lebih RM12 juta setahun.Setelah berdepan pelbagai rintangan, syarikat mereka, Noor Arfa Batek Sdn Bhd kini muncul pengeluar dan pengedar batik utama di negara ini dan turut dikenali di peringkat antarabangsa.