NOR ARFA

 
Batik ialah satu perusahaan kraftangan yang sangat terkenal di Terengganu. Kehalusan seni dan kualiti batik dari Terengganu ini sudah tidak boleh dinafikan lagi. Dalam usaha memartabatkan batik di persada dunia, Noor Arfa Batik sebagai sebuah syarikat pengeluar terbesar batik di negara ini telah melakukan pelbagai usaha seperti menubuhkan Kompleks Kraf Noor Arfa yang terletak di kawasan industri di Cendering, Terengganu.


Seni bina Kompleks Kraf Noor Arfa dipengaruhi oleh seni bina Melayu lama yang sangat unik ditambah pula dengan landskap yang sangat indah dan memukau pandangan.
Pelawat dapat melihat bagaimana batik dihasilkan,dari proses pewarnaan, lukisan (lukisan dengan lilin), dan pelepasan lilin. Proses ini memerlukan masa dan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan batik yang berkualiti tinggi.

Blok-blok batik

Terdapat pelbagai jenis batik yang popular di Malaysia ini seperti, batik blok, batik conteng dan batik skrin. Batik sejak dari dahulu lagi telah digunakan secara meluas di dalam kehidupan masyarakat melayu. Ia digunakan dalam setiap perkara seperti sebagai pakaian, sebagai kain penghidang makanan, cadar, sarung kusyen, dan pelbagai kegunaan lagi, malah digunakan sebagai kain penutup jenazah. Ini membuktikan bahawa batik sangat dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu Tradisional khususnya.



PENGASAS NOR ARFA BATIK

 


BIODATA

NAMA : Wan Mohd. Ariffin Wan Long
USIA : 51 tahun
ASAL : Kampung Tanjung, Kuala Terengganu
JAWATAN : Pengerusi Eksekutif & Pengurus Besar Noor Arfa Batek Sdn. Bhd.
ISTERI : Puan Noor Hijerah Hanafiah
(Pengarah Eksekutif)

Noor Arfa Batek merupakan hasil singkatan nama Noor Hijerah dan suaminya Wan Mohd. Ariffin Wan Long

SEJARAH PENUBUHAN NOR ARFA BATIK

Siapa sangka namanya tidak segah semasa zaman dahulu. Mungkin disebabkan kerana namanya tidak dikenali umum dalam bidang pembuatan batik Terengganu. Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long mula berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an.

Semuanya bermula selepas Noor Hijerah mengikuti kursus kraf tangan di Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia (LKKM), cawangan Kota Bharu, Kelantan pada lewat 70-an. Di situlah beliau bertemu dengan suaminya ketika itu merupakan salah seorang tenaga pengajar di LKKM. Namun selepas mengikuti kursus beliau kembali ke Kedah dan menjalankan aktiviti kraf tangan di kampung halamannya.Selepas berkahwin, Noor Hijerah mengikuti suaminya dan menetap di Kuala Terengganu. Disinilah bermula segala-galanya. Menyedari betapa minat dan serius isterinya dalam bidang kraf tangan ini, maka Wan Mohd.Ariffin memastikan impian Hijerah menjadi kenyataan.


Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang perniagaan, Wan Mohamed Ariffin,meletak jawatan kerana untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd. Beliau memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan di belakang rumah sewa mereka di kampung Tanjung, Kuala Terengganu dengan bermodalkan simpanan RM1,000 sahaja dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Puan Noor Hijerah Hanafiah. Produk awal Noor ArfaBatek ialah kaftan batik.

Di peringkat awal, produk nor arfa dijaja sendiri. Biarpun melalui pelbagai cabaran dan rintangan dan tidak kurang penatnya. Menurut pengasas nor arfa - seorang pelancong memberitahu mengapa beliau tidak menghasilkan rekaan yang disukai pelancong juga. Rekaan yang lebih kontemporari. Kata-katanya itu bagaikan memberi ilham kepadanya untuk menghasilkan yang lebih kontemporari.

Menurut, Wan Mohd Ariffin pada peringkat awal, iaitu pada 1980 semua operasi dilaksanakan beliau secara separuh masa bersama isterinya.Mereka lah pekerja pengeluaran, mereka juga mengendalikan operasi pemasaran dan jualan. Bagaimanapun apabila permintaan meningkat, pasangan itu mula mengembangkan operasi dan mengambil 10 pekerja. Dengan sokongan pinjaman bank sebanyak RM50,000, mereka membuka bengkel pengeluaran cawangan di Jalan Sultan Zainal Abidin dan Kampung Aur, Simpang Empat Chendering, Kuala Terengganu.

Setahun selepas itu, operasi Noor Arfa Batek terus berkembang dengan jumlah kakitangan ditambah kepada 25.Akhirnya selepas 26 tahun bertungkus-lumus, Encik Wan Mohamed Ariffin kini mampu memiliki sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cendering, Kuala Terengganu dengan dibantu oleh 200 orang pekerja dan telah mengeluarkan 150 produk batik Terengganu. Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.

KEUNIKAN PRODUK NOR ARFA

Batik berasal dari Terengganu, jadi adalah lebih mudah sekiranya industri kami bermula dari sana. Selain daripada mempunyai ramai tenaga kerja yang mahir, barang-barang untuk membuat batik seperti kain dan pencelup juga banyak dan lebih mudah diperolehi di sana. Selain itu, menggunakan pelukis tempatan yang boleh melukis secara terus ke atas kain, dan ini memberikan identiti tersendiri kepada keluaran batik itu.

Produk Noor Arfa batik dihasilkan di dalam bentuk lukisan tangan yang menggunakan canting serta cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata. Ini menjadikan produk batik Noor Arfa begitu unik dari segi corak, rekaan dan pembuatannya.Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira.


BEZA BATIK NOR ARFA:

  • Batik di bawah jenama Noor Arfa
  • Produk adalah terkenal kerana kualiti dan eksklusif
  • Pelbagai produk untuk jantina dan kumpulan umur yang berbeza
  • Barisan produk yang merangkumi memakai formal dan kasual

PENCAPAIAN PRODUK NOR ARFA

Lebih 200 jenis produk batik berjenama Noor Arfa berada di pasaran dalam dan luar negara seperti pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, selendang, skaf, kaftan, pareo, tali leher dan cenderahati.

Dijangkakan, jumlah produknya akan meningkat kepada 1,000 jenis sejajar dengan kewujudan rangkaian cawangan di seluruh negara dan kualitinya yang setanding dengan jenama antarabangsa seperti YSL, Versace, Gucci dan Bonia.

Gabungan kemahiran tenaga profesional dan pengalaman sedia ada membolehkan Noor Arfa menguasai pasaran batik di Asia, selain berjaya menembusi pasaran batik di luar negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Afrika Selatan, Arab Saudi, Kuwait dan Mauritius.

Daripada hasil jualan hanya RM30,000 pada tahun pertama operasinya, jualan Noor Arfa Batek kini sudah mencecah lebih RM12 juta setahun.Setelah berdepan pelbagai rintangan, syarikat mereka, Noor Arfa Batek Sdn Bhd kini muncul pengeluar dan pengedar batik utama di negara ini dan turut dikenali di peringkat antarabangsa.

FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN.

Yakin dengan potensi batik, Wan Mohd Ariffin yang ketika itu berkhidmat sebagai pembantu makmal di bahagian batik Perbadanan Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu memutuskan untuk berhenti kerja bagi memberi tumpuan pada perusahaan itu.

Wan Mohd Ariffin, 51 yang kini adalah pengerusi Persatuan Pelancongan Terengganu dan juga Pengerusi Persatuan Pengeluar Batik Terengganu, menegaskan empayar pengeluaran batik yang dimilikinya kini bukan diwarisi, tetapi hasil kesungguhan dan ketekunan untuk melihat seni warisan nenek moyang terus dipulihara. Kejayaan Noor Arfa Batek juga disokong pengalaman luas isterinya dalam bidang mereka corak batik, kombinasi warna dan barangan kraf.

Noor Hijerah, 50 yang berasal dari Perak itu kini adalah Pengarah Eksekutif syarikat itu yang bertanggungjawab dalam bidang pengeluaran.Walaupun beliau merupakan pemilik bersama syarikat pengeluar batik tersohor, Noor Hijerah Hanafiah menganggap dirinya tetap seorang pekerja sama seperti orang lain.Maknanya, beliau bekerja makan gaji dan menerima gaji bulanan seperti juga kakitangan yanglain.Katanya, mungkin bila mereka melihat bos juga bekerja dan tidak terkecuali dengan peraturan syarikat akan menguatkan semangat kuat bekerja di kalangan mereka.

Selain disiplin dan tegas, sifat sabar juga perlu ada kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan.tanpa disiplin, tegas dan sabar, kejayaan tidak mudah diperoleh dan itulah antara resipi kejayaan Noor Arfa Batek selain memastikan produknya berkualiti dan pasarannya mencapai sasaran.'Kalau kita mahu mereka berdisiplin dan kuat bekerja tentulah kita di peringkat pengurusan juga perlu berbuat demikian. Pada waktu yang sama sistem pengurusan juga mesti betul.

Ketabahan itu merupakan antara faktor penting untuk berjaya.Berkat kesabaran beliau dan suami berjaya juga mencatat kejayaan dengan muncul sebagai pembekal batik terbesar negara dan ini tercatat dalam Malaysia Book Of Recods.

FALSAFAH DAN STRATEGI

Noor Arfa bertujuan untuk menjadi perintis utama dalam pengeluaran dan pengedaran produk-produk batik di Malaysia dan untuk menjadi label pereka dikenali dunia batik. Ia adalah misi untuk menghasilkan kualiti produk batik tertinggi dengan menghasilkan reka bentuk yang unggul dan unik dengan sokongan rumah pengeluaran yang sistematik dan pengurusan strategik.

Noor Arfa perdagangan Malaysia - Pengeluar Batik Terbesar. Noor Arfa telah membina reputasi sebagai pengeluar utama tangan yang unggul - barangan dan aksesori fesyen disediakan.
Nor Arfa menonjol sebagai pemimpin dalam industri kita dengan cara menyempurnakan seni menggabungkan warna yang berbeza dengan reka bentuk klasik dan tradisional motif Melayu, untuk mewujudkan Batek keanggunan mudah.

Syarikat pengusaha batik terkenal, Noor Arfa Batek Sdn. Bhd. melabur kira-kira RM6.6 juta untuk membangunkan kompeks pengumpulan kraf Batek House di Melaka International Trade Centre (MITC) di Air Keroh, Melaka.Kompleks dua tingkat di kawasan seluas 0.6 hektar itu kini siap 90 peratus dan dijangka beroperasi pada Mei depan dengan menempatkan kira-kira 30 pengusaha batik dari seluruh negara.Idea membina kompleks itu adalah cetusan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dalam usaha menjadikan Melaka sebagai pengeluar batik di negara ini.

Sejak turun temurun Terengganu dan Kelantan dikenali sebagai pengeluar batik dan usaha mengumpulkan pengusaha batik di Melaka dilakukan bagi mengembangkan lagi industri tersebut.Selain Kompeks Kraf dan kilang sendiri di Cendering, Noor Arfa turut mempunyai enam buah cawangan jualan iaitu di Shah Alam, Melaka, Alor Star, Kemaman, Pahang dan Pulau Pinang serta empat francais di Petaling Jaya, Perak, Kuala Lumpur dan Sabah. Syarikat itu juga mempunyai matlamat untuk memiliki cawangan di seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Untuk memperkenalkan jenama Noor Arfa, Wan Mohd Ariffin berkata, syarikat bercadang melebarkan pasaran ke negara-negara Asia termasuk di Indonesia, Brunei dan Vietnam sebelum menembusi pasaran antarabangsa.Beliau turut memegang prinsip walaupun susah, untuk memberi hutang kepada pelanggan tidak sama sekali walaupun kain tidak dapat dijual.

ANUGERAH YANG DITERIMA

Berikut adalah anugerah yang diperolehi oleh Noor-Arfa:

1. " Anugerah Pengeluar Batik Terbesar" oleh Malaysia Book of Records, 1997.

2. Anugerah Usahawan muda untuk sektor pembuatan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia pada tahun 1988.

3. Pusat, Anugerah Jualan Aked MARA "Tempat pertama untuk Persembahan Terbaik" oleh MARA, Terenggannu, 1999.

4. Sijil Anugerah Khas untuk "5 S" oleh Majlis Produktiviti Negara (NPC) pada tahun 2001.

5. Pemenang "Pertandingan Amalan 5S" antara organisasi bagi kategori industri kecil, yang dianjurkan oleh Majlis Produktiviti Negara, 2001

6. Sijil Produktiviti 2001 "bagi kategori syarikat tempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10 juta oleh Majlis Produktiviti Negara, 2001

7"Keusahawanan Terengganu 2002" bagi kategori Handicraf yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Negeri Yayasan Pembangunan Usahawan

8. Sijil Produktiviti 2002 bagi kategori syarikat tempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10 juta oleh Majlis Produktiviti Negara, 2002

9. Anugerah Premis Perniagaan MARA (APPM) 2003 - Aked MARA Jualan Pusat kategori penyewa Terbaik oleh MARA, Terengganu

10. "Anugerah Usahawan 2003" oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk Industri Kecil (IKS) Kejuruteraan / Pembuatan kategori dan Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri

11. Anugerah "Membeli-belah yang Menyokong Outlet (Specialty Store) Pelancongan Malaysia - 2003" oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia

12. Kelayakan "Harga Patut Kedai Anugerah 2003" oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - 2003

13. Anugerah dan Sijil Khas "Produktiviti Anugerah - 2003" bagi kategori syarikat tempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10 juta oleh Majlis Produktiviti Negara, 2003

14. Anugerah Sokongan Terbaik Pusat Beli-Belah Kategori “Kedai Specialty” by Tourism Malaysia 2003

15. Kelayakan "Noor Arfa sebagai Francaisor" yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Pembangunan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Koperasi (MECD)

16. "Industri Cemerlang 2004" - Pembangunan Jenama Malaysia bagi kategori syarikat tempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10 juta yang diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

17. "Anugerah Produk Bermutu - 2004" anugerah khas oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 2005

18. Anugerah Kecemerlangan Industri 2004 Pembangunan Jenama Malaysia

19. National "Anugerah Usahawan Berjaya 2005" daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA)

20. National "Anugerah Usahawan Berjaya 2005" daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA)

21. Sijil Penghargaan Anugerah Kecemerlangan Industri 2005 oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

22. Anugerah Kedai Harga Adil 2006 - 2007 Kategori Tekstil, Batik & Songket oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

23. "Sasterawan Jenama" Anugerah Grammy untuk Penjenamaan untuk Jenama Fesyen Batik 2007 Best

24. Anugerah "KEDAI HARGA PATUT" Kategori Handicraft & Antik Pada Tahun 2007-2008 Oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

25. Anugerah BRANDS LAUREATEAsia Pacific Oleh Brands Laureate

26. Sijil Anugerah Khas 2008 bagi kategori syarikat tempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10 juta oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia, 2008

27. Sijil 'Program Pembangunan Francais" bagi jenama noor arfa di bawah program pembangunan francais, kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan

28. Anugerah Usahawan Terengganu 2008

29. Anugerah Usahawan Cemerlang (Kategori Perkhidmatan Tekstil) 2011 oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

30. Universo DE ’ Commercio Business Awards Hereby Awarded Noor Arfa Holdings Sdn Bhd for UDC Best Fashion Design Of The Year 2011


31. Anugerah Usahawan Korporat Sempena Sambutan Anugerah Usahawan MARA 2011 Peringkat Kebangsaan

SIJIL-SIJIL








NAIK DAN TURUN PERNIAGAAN

Operasi yang semakin berkembang memaksa Wan Mohd Ariffin mencari lokasi lebih luas dan selesa. Namun, ada pihak yang hanya memandang sebelah mata keupayaannya kerana stigma yang masih menebal - orang Melayu tidak mampu pergi jauh dalam dunia perniagaan.

Permohonan beliau untuk mendapatkan tapak di sebuah kawasan perindustrian ditolak. Kekecewaannya berganda apabila beberapa institusi kewangan yang dihubungi untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli kilang di Chendering (kini pejabat, kilang dan bilik pameran Noor Arfa) hanya memberikan janji kosong.

Bagaimanapun kerana sikap tidak mudah kecewa, beliau akhirnya mendapat kepercayaan Bank Pembangunan Malaysia yang memberikan pinjaman sebanyak RM210,000.Dengan tambahan RM50,000 hasil simpanan, pasangan suami isteri itu akhirnya berjaya membeli kilang berkenaan yang asalnya untuk pengeluaran minyak masak.

Bertitik tolak dari situ, Wan Mohd Ariffin tidak lagi menoleh ke belakang, semua lima bengkelnya ditutup dan dipindahkan ke kilang yang dibeli itu bagi memudahkan pemantauan operasi dan pemasaran. Jualan syarikat itu terus meningkat kepada RM620,000 setahun pada 1988, manakala bilangan pekerja pula bertambah kepada 60.

Pada 3 Januari 1991, Noor Arfa Batek diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dengan modal dibenar dan berbayar RM250,000. Kini jumhlahnya telah ditingkatkan kepada masing-masing RM1 juta.Bagaimanapun seperti kata pepatah, “langit tidak selalu cerah”, kegawatan ekonomi negara yang dicetuskan krisis kewangan di Asia Timur pada 1997 turut memberi kesan kepada perniagaan Noor Arfa Batek.Bagi memastikan syarikat terus beroperasi dan mengelakkan pemberhentian pekerja, Wan Mohd Ariffin meminta 120 pekerjanya bekerja separuh bulan secara bergilir.

Beliau juga mengambil pendekatan meminjam wang pekerja untuk dilaburkan dalam syarikat dengan jaminan dibayar penuh, termasuk dividen pada akhir tahun.Ramai pekerjanya yang tampil membantu kerana yakin syarikat itu mampu dipulihkan.Hasil sokongan pekerja, Noor Arfa Batek mampu bertahan sehingga sekarang.

Noor Arfa Batek kini memiliki 11 cawangan di seluruh negara termasuk di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pusat beli belah One Utama di Petaling Jaya, Aked Mara dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu. Menerusi anak syarikatnya, Design Passage Sdn Bhd, Noor Arfa Batek turut mengadakan usaha sama dengan pereka fesyen terkenal, Bill Keith dengan nisbah pemilikan milikan 70:30 sejak tiga tahun lalu.

PRODUK NOR ARFA

   







SONGKET
KAIN SARONG